Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aQu terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aQu erti rindu gelora dan shahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aQu umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur...........
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di kampung aQu. Pemergianmu menyebabkan aQu menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aQu memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. AQu seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. AQu bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan nenek aQu. Akhirnya aQu menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aQu sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aQu termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. AQu cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aQu tak berdaya. Lalu aQu membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor semut jiran sebelah sebagai tanda aQu tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. aQu bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor cicak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. aQu sedar siapa aQu. AQu hanya insan biasa yang suka makan mi segera. AQu bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. AQu juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. AQu menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk lappy telah pun aku cincang untuk dibuat makanan virus.
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aQu tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah TESCO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar desa pandan, selagi kumpulan KERTAS tidak berpecah, aQu tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aQu menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aQu poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

No comments:
Post a Comment