Blogger Backgrounds

Cerita Kau & Aku


Tak pernah aku terduga yang engkau akan menjadi KEKASIHKU. HANGATNYA CINTA bersulamkan BAHANG ASMARA, kita semakin mesra dan engkau takkan kutinggalkan. Hari berlalu dan kita pun terus bersama menongkah ARUS MASA dalam membina MAHLIGAI SYAHDU yang bahagia. SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG dan terus KUINGIN BERSAMAMU selamanya dan KERANA CINTA AKU TURUTKAN segala kehendak engkau kerana aku terlalu SAYANG. Engkau umpamakan diriku ini seperti MUTIARA dan BINTANG yang terus menyinar dalam hatimu. Dalam bersahaja dan dalam takku sedar, engkau ciptakan satu SIMFONI yang begitu menyentuh hati buatku. Suatu hari, engkau nyatakan hasrat untuk mengadakan satu PERSANDINGAN ABADI antara KAU DAN AKU. Terkejut dan terharu aku dibuatnya. UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI, aku terima bahawa HAKIKAT SEBUAH CINTA kita semakin marak membahang. RINDUKU TIADA NOKTAHNYA bila engkau berjauhan dariku, bila engkau tak dapat meluangkan masa bersama-samaku. Di hati ini HANYA TUHAN YANG TAHU.

Namun, BERCINTA TAK BERSATU dan TIADA AKU MENGERTI mengapa aku ditinggalkan?? CINTA aku terlalu dalam untuk ditafsirkan ke dalam bentuk kata-kata. Malangnya, semakin JAUH KAU PERGI meninggalkan aku yang terkapai-kapai sendirian akibat KARAM dilambung ombak di lautan cinta yang termusnah kerana ribut melanda. AKU KESUNYIAN dalam merawat HATIKU YANG TERLUKA. DILEMA RINDU ini terus menghantui aku sehingga terbawa ke dalam mimpi-mimpiku. Mimpi-mimpi itu menjadi mimpi-mimpi ngeri apabila engkau sering menjelma menjadi BAYANGAN MIMPI tika aku terlena bersama keindahan cinta. Semenjak itu, BERAPINYA RINDUKU terhadap dirimu. Aku sering hanyut bersama KENANGAN SEMALAM yang bahagia. Seringkali juga sebelum aku tidur, aku akan bercakap BERSAMA SUARA HATI. Selalu aku berpesan kepada angin lalu, minta menyatakan aku sentiasa MENGUSUNG RINDU dan KUSETIA MENANTIMU.

Aku yang hanya SEKADAR SEORANG INSAN, tak mempunyai apa-apa melainkan HANYA SEGENGGAM SETIA. Kini aku tersedar tak lagi terlena bahawa KITA DITAKDIRKAN BERPISAH. Apakan daya, KURELAKAN DIKAU PERGI akhirnya menjadikan PENANTIAN aku terhadap CINTA ABADI kita tertunda. Macam lagu Kangen Band, PENANTIAN YANG TERTUNDA, terhadap dirimu wahai sayangku. Dulu AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG, kini BERDIRI SEORANG PERINDU. Walau berkali kau merayu ingin kembali, bagiku mustahil untuk kau kembali beraja di hatiku kerana cinta kita SUDAH TIADA TUNASNYA. SEGALANYA TELAH BERAKHIR dan SEGALANYA AKU TERIMA dengan hati yang terbuka apabila engkau CURANG pada cinta yang aku serah. Inilah yang dikatakan MAYA PERCINTAANANTARA DUA INSAN yang bercinta dan berkasihi, pasti salah seorang daripada mereka akan dilayan seperti BONEKA CINTA. Ambil bila perlu dan campak bila tak perlu lagi. Sememangnya CINTA SERIBU SATU DUGAAN.

HENTIKAN ALASANMU  yang penuh dengan MADAH BERHELAH untuk terus bersamaku, sesungguhnya YANG TERJADI KAN TETAP TERJADI. RAMALANKU BENAR BELAKA yang engkau bukan benar-benar cintakan aku. Berkali-kali aku memujuk hati bahawa engkau telah PERGI SELAMANYA, takkan kembali lagi. Tapi, antara DUA ADUAN BERBEZA aku menjadi keliru semula. Arghh..!! Biarkan dia. Kini telahpun aku ucapkan SELAMAT TINGGAL CINTA dan SELAMAT TINGGAL KEKASIH TERBAIK kerana DI SINI PASTI, MENTARI MUNCUL LAGI. Mudah-mudahan akan ada hidup dan nafas baru SETELAH HATI TERLUKA. Huh!! SAYAP TERLUKA. Apapun, MEMORI CINTA LUKA tetap segar di ingatan bersama-sama MEMORI SEKUNTUM RINDU kerana AKU PENCINTAMU walaupun aku tak ingin engkau kembali kerana khuatir akan disakiti SEKALI LAGI.

Kepada si dia,
sentisa ingat diriku bukan jenis yang mementingkan RINGGIT BERJUTA tapi aku menyayangimu SEPENUH HATI dan ingatlah aku sebagai HATI YANG TELAH KAU SAKITI.


Pengajaran cerita : Kepada semua KEKASIH YANG TAK DIANGGAP, jangan biarkan diri korang terus RINDU PADA YANG TAK SUDI. BUKA HATIMU untuk terima LAFAZ CINTA daripada orang yang benar-benar sayangkan korang.

No comments:

Post a Comment