Blogger Backgrounds

menarik nasib malang dengan mengata orang lain

apabila kita mengumpat, kita sebenarnya menarik bahan umpatan ke dalam lingkungan aura diri kita. lambat laun, ia akan jatuh ke riba juga.
malangnya , bukan itu sahaja kesannya, kita turut berada dalam aura yang busuk, orang yang diumpat dapat mencium aura busuk itu, membuatkan dia juga sebenarnya tidak menyenangi kita. walau kita bemanis muka di hadapan tetapi dia dapar merasakan kepura-puraan itu.
rezeki sukar bertandang kerana hati yang kotor bukan tempat jatuhnya kemurahan rezeki dan itulah kesan lain yang mengiringi umpatan, iaitu hati yang kotor.
ibadat lain juga sukar dilakukan dengan ikhlas termasuklah sukarnya mendapat solat yang khusyuk. walau apa yang dikata itu benar, penjajaan cerita itu sendiri adalah pendedahan pengaiban yang melibatkan maruah seseorang . amat sukar memiliki hati yang bersih pada golongan pengumpat. lalu karektor mereka cenderung negatif. mudah bersangka dan selalu berfikiran buruk.
pokoknya, orang yang mengata orang lain, terus mendapat kesan langsung iaitu dosa di sisi Allah.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
“Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. “wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”.
Maka Allah menjawab :”Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Apa yang kita katakan tentang seseorang sebenarnya kita kata tentang diri kita sendiri.

Teman

Wahai teman!
Kemanakah dikau menghilang sejak peristiwa itu?
Suaramu seakan membeku, dirimu seakan tenggelam
Dalam sedar ternanti-nanti, dalam tidur termimpi-mimpi
Bayanganmu menjadi tamuku tika terlena
  
Inginku luahkan segalanya menerusi nukilanku
Agar dikau turut merasakan kesengsaraan yang kualami
Harapanku moga dikau mengerti apa yang daku lalui
Aku bagaikan tersesat dalam cahaya yang amat terang
Terpancar menembusi jasad ini sehinggaku tak berdaya
Tiada apa yang mampu aku lakukan di saat ini

Duhai teman!
Mengapa kita perlu lalui dugaan sehebat ini?
Aku umpama musafir di padang pasir, ketandusan!
Perhatian dan semangat berterusan daripadamu
Terasa seperti dunia ini sunyi dan gelap gelita
Walaupun sang mentari setia mencurahkan cahayanya
Apabila dikau tiada di sisi menemaniku lagi

Seandainya matahari bisa melihat dan berbicara
Akanku rayu kepadanya untuk menjadi saksiku
Lukaku yang berbisa tidak terasa pedihnya
Sehingga mengalirkan darah yang tak berwarna
Lalu lahirlah jeritan tanpa suara yang mencengkam jiwa
Tangisan dalam tertawa tak kelihatan pada zahirnya
Hanya sedu-sedan yang berdendang syahdu kerananya

Teman...
Sering aku berdoa agar ia hanya sekadar mimpi
Apakan daya, yang terjadi kan tetap terjadi
Biarlah ia menjadi pedoman untuk kita renungkan
Semoga takdir Ilahi dan waktu yang akan membantu
Merawat luka yang terpendam dan amat dalam

12 Barisan di Akhirat..

                     RENUNGKANLAH....

Suatu ketika, Muadz bin Jabal RA menghadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong jelaskan kepadaku mengenai firman Allah SWT yg bermaksud: "Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian akan datang berbaris-baris"(An-Naba':18)”.

Mendengarkan pertanyaan itu, Rasulullah menangis sehingga basah pakaian baginda dengan air mata. Lalu baginda menjawab: “Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepadaku perkara yg amat besar, bahawa umatku akan digiring, dan dikumpulkan berbaris-baris…”

Kemudian Rasulullah SAW menyatakan bahawa terdapat 12 barisan kesemuanya, dan menjelaskan mengenai 12 barisan tersebut:


BARISAN PERTAMA

Digiring dari kubur dengan tidak bertangan dan tidak berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih yg bermaksud: "Mereka itu merupakan orang-orang yg sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka.”

BARISAN KE-2

Digiring dari kubur dalam keadaan berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Yang Maha Pengasih yg bermaksud: "Mereka itu merupakan orang yg sewaktu hidupnya meninggalkan solat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-3

Digiring dari kubur dalam keadaan berbentuk keldai, sedang perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. Keadaan mereka ini dijelaskan oleh Allah yg bermaksud: "Mereka itu merupakan orang yg enggan membayar zakat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-4

Digiring dari kubur dalam keadaan berdarah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. Allah SWT menjelaskan keadaan mereka ini dengan seruan yg bermaksud: "Mereka itu merupakan orang yg berdusta dalam urusan jual beli, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-5

Digiring dari kubur dlm keadaan berbau busuk seperti bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. Keadaan mereka ini dijelaskan oleh Allah yg bermaksud: “Mereka itu merupakan orang yg menyembunyikan perlakuan derhaka manusia kerana takut diketahui oleh manusia, tetapi tidak pula merasa takut kpd Allah, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-6

Digiring dari kubur dalam keadaan kepala mereka terputus dari badan. Allah menjelaskan keadaan mereka ini yg bermkasud: "Mereka merupakan orang yg menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-7

Digiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. Keadaan mereka ini dijelaskan oleh Allah yg bermaksud: "Mereka itu merupakan orang yg enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-8

Digiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. Allah menjelaskan keadaan mereka ini yg bermaksud: "Mereka ini merupakan orang yg berbuat zina, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-9

Digiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dgn api gemuruh. Allah menjelaskan keadaan mereka ini yg bermaksud: "Mereka itu merupakan orang yg memakan harta anak yatim, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-10

Digiring dari kubur dalam keadaan tubuh dipenuh dgn penyakit sopak dan kusta. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih yg bermaksud: "Mereka merupakan orang yg derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KE-11

Digiring dari kubur dalam keadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih yg bermaksud: "Mereka merupakan orang yg meminum arak, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-12

Mereka digiring dari kubur dengan wajah yg bersinar-sinar laksana bulan purnama, dan kemudiannya mereka akan melalui titian sirat dengan mudah dan pantas, seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka merupakan orang yg beramal soleh dan banyak berbuat amal kebaikan, menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu, dan ketika meninggal dunia, keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah syurga, di mana mereka akan mendapat ampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih."


Notakaki: Semoga ketika dibangkitkan kelak, kita semua akan berada di saf yg ke-12 yang mendapat rahmat dari Allah SWT… Aamiiin…
                                              

MENCARI, TERCARI & D CARI

napa erk bila kita ada masalah kita mudah utk brcerita ngan org yg palingrapat dgn kita??tambah2 dlm soal peribadi..huhu....gadoh ke marah ke...merajok ke...sahabat jugak la tempat kita mengadu....n kat kita jugak la sahabat kita mengadu...ahakz...
cuma yg tak paham nya..kenapa time sahabat kita susah mudah je kita ada untuk dia tp time kita susah payah betul dia nk ada utk kita...bukan kena bayar pn kan..tp ntah la...cam payah sesangat2 la....apa yg d bz kn sangat pn tak tau..ada je benda2 yg membuatkan tak de kesempatan utk dia ada dgn kita.....arghhhh....tension kan time cm nie....
bila dh jadik mcm nie..mula la kita carik sahabat lain....kena lak sahabat yg jenis suka kita susah..d guna kn nya kesempatan d atas kesumpitan kita nie utk jatuh kn kita...huhuh ibarat jatuhd timpa tangga la ney nama nya....dh la kita susah..arapkn sahabat baek ntah mana2 la dia ilang nya...carik sahabat baru nk luah dh kena tikam belakang pulakzz.......hancus harapan musnah impian aihhhh.....
by de way...dlm dok meniti arus masa depan yg semakin lama semakin byk kerenah...payah utk kita jmpa & miliki sahabat yg betul2 sahabat...
so agak2 nya la kan..cm mana kita nk pilih sahabat erk....jom sharing2 cara pilih sahabat ~





PESANAN AL QOMAH PD PUTERA NYA ~ “wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat maka hendaklah engkau memilih teman teman yang memiliki sifat yang berikut :

  • Jika kamu di timpa oleh bencana maka temanamu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan masalahmu itU. 
  • Jika kamu meminta baantuan atau pertolongan dari temanmu itu maka ia akan segera mengusahakannya
  • Jika kamu merancang sesuatu maka temanmu ituakan turutmebantumu dengan memberikan pandangannya
  •  Jika kamu bercakap cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata kata mu itu
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu dia akan segera menutupinya 
  • Jika kamu mengeratkan tali persahabatan itu maka dia akan menyambutnya dengan baik malah membalasnya kembali 
  • Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka dia akan mengingatinya, menghargai dan menyebutkan kebaikanmu itU 
  • Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu daripadanya maka dia akan bertanyakan kesusahanmu itu 
  • Jika kamu berselisih faham dengannya maka dia lebih rela mengalah untuk memelihara persahabatan itu. 
 de moral of de story is - carilah sabahat yg boley d buat sahabat jgn carik sabahat yg hanya tau tunjuk hebat.... lalalala ( ppssstttt..pesanan utk diri aku nie...carik kawan elok2 )

Teman......!!!!

                                                             

Wahai teman!
Kemanakah dikau menghilang sejak peristiwa itu?
Suaramu seakan membeku, dirimu seakan tenggelam
Dalam sedar ternanti-nanti, dalam tidur termimpi-mimpi
Bayanganmu menjadi tamuku tika terlena
  
Inginku luahkan segalanya menerusi nukilanku
Agar dikau turut merasakan kesengsaraan yang kualami
Harapanku moga dikau mengerti apa yang daku lalui
Aku bagaikan tersesat dalam cahaya yang amat terang
Terpancar menembusi jasad ini sehinggaku tak berdaya
Tiada apa yang mampu aku lakukan di saat ini

Duhai teman!
Mengapa kita perlu lalui dugaan sehebat ini?
Aku umpama musafir di padang pasir, ketandusan!
Perhatian dan semangat berterusan daripadamu
Terasa seperti dunia ini sunyi dan gelap gelita
Walaupun sang mentari setia mencurahkan cahayanya
Apabila dikau tiada di sisi menemaniku lagi

Seandainya matahari bisa melihat dan berbicara
Akanku rayu kepadanya untuk menjadi saksiku
Lukaku yang berbisa tidak terasa pedihnya
Sehingga mengalirkan darah yang tak berwarna
Lalu lahirlah jeritan tanpa suara yang mencengkam jiwa
Tangisan dalam tertawa tak kelihatan pada zahirnya
Hanya sedu-sedan yang berdendang syahdu kerananya

Teman...
Sering aku berdoa agar ia hanya sekadar mimpi
Apakan daya, yang terjadi kan tetap terjadi
Biarlah ia menjadi pedoman untuk kita renungkan
Semoga takdir Ilahi dan waktu yang akan membantu
Merawat luka yang terpendam dan amat dalam