![]() |
Odah Ods |
hanya kerana
Hanya kerana datang
Dia akan pergi …
Hanya kerana wujud
Dia akan hilang …
Hanya kerana bahagia
Dia akan derita …
Hanya kerana sayang
Dia akan dibenci …
Hanya kerana diingati
Dia akan dilupai …
Hanya kerana hidup
Dia akan mati …
Tiada dusta di dalam nista
Hanya penafian dalam kebenaran…
Tiada penipuan dalam kepuraan
Hanya keegoan mengatasi bicara …
Justeru itu memahami sesuatu
Lebih baik dari mendengar sesuatu …
![]() |
Odah Ods |
Teman Maafkan Aku
Andai bicaraku
Melukai hatimu
Tanpa ku sendiri menyedari ..
Teman,
Terkadang aku jua begitu
Terusik jiwaku dan tingkahmu.
Namun kupasti
Bukan niatmu
Membuat rajuk di hati.
Teman … maafkan aku
Jika gurauku
Menguris nalurimu.
Tapi kau harus mengerti
Hidup takkan berseri
Tanpa usikan dan tawa keriangan.
Teman,
Tidak ku harap pendirianku dihormati.
Bukan keegoan memalut di hati
Tapi prinsipku menguasai diri.
Teman … maafkan aku
Hanya itu yang ku pinta
Ukirkanlah senyuman
Dibibirmu itu,
Sebelum jasadku
Terbujur kaku.
copy by...Odah Ods
No comments:
Post a Comment