Blogger Backgrounds

kisah artis 2011..!!!

Seperti yang kita semua tahu, tahun 2011 hampir melabuhkan tirainya dalam masa lebih kurang dua minggu lagi. Tapi seperti tahun sebelumnya, tahun ini tidak kurang dengan kontroversi. Kami telah melihat statistik isu untuk tahun ini, berdasarkan entri yang mempunyai hits dan komen yang terbanyak, serta isu-isu lanjutan yang timbul berkenaan kisah tersebut. Ini ialah senarai top 10 isu pada tahun ini yang telah kami kumpulkan, dengan tidak mengikut urutan:-
  1. Khairul Fahmi Che Mat – Elia – Dalia Teck
    • Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan ini telah melangsungkan pertunangan dengan penulis Blog, Armie Harmelia atau Elia pada bulan Mei. Pada penghujung minggu bulan Julai khabar yang hubungan mereka telah renggang mula hangat diperkatakan, dan awal Ogos, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek mengumumkan pertunangannya dengan  Elia telah putus atas sebab-sebab yang tidak mahu diberitahu olehnya. Kisah ini terus menjadi hangat apabila pihak tertentu menyebarkan gambar-gambar mesra Khairul Fahmi dengan dua orang gadis iaitu Nur Dalia Bijuri dan Shida Harmi, dan seorang penulis blog bernama Ahkak Puaka pula menceritakan sebab sebenar Khairul Fahmi memutuskan pertunangan, dan sebab-sebab ini disahkan oleh Khairul Fahmi melalui Nur Dalia yang turut diakui sebagai kekasihnya pada bulan September. Apa pun, sama ada anda suka dia atau tidak, Apek sememangnya pemain bola sepak yang cemerlang.
  2. Perkahwinan Norman Hakim – Memey Suhaiza  dan Majlis Promosi Rafflesia
    • Ramai yang tidak sukakan pasangan ini kerana kisah tangkapan khalwat mereka yang menyebabkan perceraian Norman dengan isteri pertama, pelakon dan penyanyi Abby Abadi sekitar tahun 2008. Mereka telah mendapat ‘tajaan’ majlis resepsi yang diberitahu bernilai RM 12 juta tahun ini, tetapi majlis ini telah dikritik oleh chef selebriti, Chef Wan yang merupakan tetamu majlis dan orang ramai kerana ‘indah khabar dari rupa’ dan majlis itu pula banyak menampilkan ciri-ciri yang tidak bersesuaian dengan tuntutan agama Islam dan adat budaya tempatan.
    • Kakak kepada Norman Hakim juga telah mengkritik orang ramai yang dikatakan ‘dengki’ dan ‘cemburu’ pada adiknya di MyNewsHub, dan orang ramai juga membalas kritikan tersebut dan penggunaan bahasa Inggeris wanita itu. Memang hangat!
  3. Kisah Perkahwinan Syella Kamaruddin dengan lelaki yang tidak mahu dinamakan
    • Syella Kamaruddin mendakwa majlis perkahwinannya bernilai RM 15 juta tanpa tajaan dan mendapat hantaran kereta Audi R8, tetapi Tan Sri Musa Hassan telah difitnah pula sebagai suaminya kerana ada sedikit iras wajah dengan lelaki yang dikatakan suami Syella. Tan Sri Musa bagaimanapun telah tampil dengan penegasan yang dia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang pada penulis blog yang  memfitnah itu.
    • Wakil penjual sah kereta Audi di Malaysia pula menafikan terdapat jualan terbaru kereta Audi R8 dan mempersoalkan keraguan pada kenyataan Syella yang kereta Audi miliknya masih belum sampai.
    • Syella akhirnya meminta agar dia tidak diganggu lagi kerana sudah terlibat dalam industri.
  4. Kisah Konflik Jimmy Shanley dan Isteri
    • Jimmy Shanley pada mulanya tampil kepada media dengan kenyataan demi kenyataan tentang perkahwinannya, dan akhirnya isterinya pula tampil membuat kenyataan tentang Jimmy yang dikatakan memukulnya dan dia hendak menuntut fasakh. Jimmy mendapat kritikan kerana menceritakan kisahnya pada media dan status terbaru kes mereka akan dibawa ke mahkamah syariah .
  5. Isu Muat Naik Gambar Fida Nampak Rambut Oleh Mamat Sepah
    • Pasangan ini mula bercinta selepas Mamat memutuskan percintaan dengan Adda Butterfly. Bagaimanapun, gambar Fida menampakkan rambut sewaktu bercuti di Singapura dengan kawan-kawan telah dimuat naik oleh Mamat ke Facebook, khabarnya tidak sengaja muat naik dan tidak sengaja tangkap gambar kerana tidak memakai cermin mata. Fida menyalahkan Mamat 100 % atas kejadian tersebut dan memutuskan hubungan dengan Mamat .
  6. Pakaian Seksi Fasha Sandha di majlis pelancaran Majalah Lisa, pakaian seksi Miera Liyana di majlis Rafflesia dan Zarina Anjoulie di FHM Indonesia
    • Isu ini memang ada saja saban tahun. Ada saja selebriti perempuan yang tampil dengan pakaian menjolok mata dan dalam sekelip mata saja dikenali. Fasha Sandha tampil ‘bareback’ di majlis pelancaran sebuah majalah, Miera Liyana menampakkan side-boobs di majlis promosi Rafflesia dan muncul seksi di majalah-majalah manakala Zarina Anjoulie pula muncul dengan pakaian hampir separuh bogel di FHM Indonesia. Kami sekalikan saja isu-isu ini kerana pada dasarnya, ia isu-isu yang sama.
  7. Isu Gambar Nanu Baharuddin Dengan Anjing Comel
    • Nanu Baharuddin telah bergambar dengan anjing comel peliharaannya dan mengundang kritikan pelbagai pihak. , Walau bagaimanapun. tuan punya diri senyap sahaja.
  8. Isu Klip Video Prema Yin “Marilah!” arahan Gambit Saifullah
    • Gambit Saifullah selaku pengarah klip video muzik, Prema Yin selaku pelakon dan penyanyi serta Shahz Jaszle sebagai pelakon lelaki telah mendapat kritikan kerana klip video yang menampilkan tarian ghairah dan pakaian seksi. Isu dihangatkan lagi apabila Gambit menggelar penulis blog sebagai anjing. Kenyataan-kenyataan Gambit mungkin telah menyebabkan kutipan rendah untuk filem Karipap-karipap Cinta lakonannya, walaupun ia menerima reaksi yang baik dari pengkritik-pengkritik filem dan merupakan filem pertama arahan Othman Hafsham setelah 20 tahun tidak mengarah.
  9. Isu Abby Abadi Dengan Wartawan Bernama Amira
    • Isu ini hangat dikomen dan Abby Abadi sendiri telah tampil di ruangan komen blog ini untuk menerangkan sebab dia membela dirinya. Ramai yang simpati dengan Abby tetapi ada juga yang mengkritiknya kerana sering bercerita hal peribadi di Facebook dan blog. Apa pun, Abby Abadi telah moved on. Dia muncul di Karnival Jom Heboh minggu lepas dan kelihatan ceria.
  10. Konflik Izreen Azminda dengan Johan As’ari
    • Mula-mula Izreen menceritakan yang dia makan hati dangan sikap Johan As’ari sejak berlakon dalam drama Cinta Elysa. Johan mendakwa mereka kawan rapat sahaja dan Izreen tidak ada sebab untuk ‘makan hati’. Isu menjadi semakin hangat apabila Izreen mengeluarkan bukti yang mereka pernah bercinta dan Johan berkata akan melangsungkan pertunangan dengannya. Johan tetap mendakwa mereka hanya kawan dan dia tidak ingat tentang apa yang diperkatakan oleh Izreen. Kalau tonton program Galaksi TV9 tentang isu ini, lebih hangat lagi bila masing-masing berbalas kenyataan secara berdepan (walaupun Izreen mengelak untuk memandang muka Johan). Kini masing-masing membawa haluan sendiri.
Akhir sekali, walaupun sudah bertahun senario yang sama, industri hiburan memang tidak sunyi dari dihambat kontroversi.

kita berdua bersatu..!!!

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Soal Hati – 7 Ngomelan Wanita Terhadap Dirinya

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.




1. “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.

2. “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.

3. “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!

4. “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!

5. “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?

6. “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?

7. “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada diolah untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
1. “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!
2. “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!
3. “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!
4. “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!
5. “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!
6. “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!
7. “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!
Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?
Lantas, wanita-wanita tadi menangis dan berkata;
MasyaAllah, demikian sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Ingat firmanNya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan itu.

Sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Adalah sabda Rasulullah s.a.w bahawa ketika lelaki memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan menjadikannya muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya. Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti!

50 Info Menarik Mengenai Dunia

  •  
     
     
     # Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.

    # Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman.

    # Nama mobil Nissan berasal dari bahasa Jepun iaitu Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

    # Zirafah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.

    # Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.

    # 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.

    # Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada berat tubuhnya sendiri.

    # Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana.

    # Titik diatas huruf i disebut ‘title’.

    # Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi hampas segarnya akan bergerak naik turun dalam gelas.

    # Benjamin Franklin anak bongsu dari orangtua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.

    # Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaph obia adalah ketakutan pada hari jumat tanggal 13 (bisa terjadi antara 1-3 kali setahun). di Italia, 17 adalah angka malang. di Jepun angka yang dianggap malang adalah 4.

    # Lidah zirafah panjangnya lebih kurang 50 cm.

    # Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari.

    # Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari.

    # Kata ZIP (kode pos) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.

    # Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

    # Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).

    # Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita akan merasa haus.

    # 4 simbol Raja pada daun terup melambangkan 4 raja yang terkenal di zaman masing-masing: “Ace”= David/Raja Daud ; “Kelawar” = Alexander the Great/Iskandar Agung ; Hati = Charlemagne/ Raja Prancis ; Diamond =Julius Caesar.

    # Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75,000 liter.

    # Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.

    # Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata Merah dan albino.

    # Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.

    # Lambang/ikon ’save’ pada program Microsoft Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik.

    # Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).

    # Unta mempunyai 3 kelopak mata.

    # Jangkahayat sehelai rambut di kepala kita adalah 2 hingga 6 tahun sebelum digantikan dengan rambut baru.

    # Seseorang masih dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal kepalanya.

    # Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat mata kita berkedip. Kita mampu berkedip 5kali dalam sesaat.

    # Coklat dapat membunuh anjing kerana ia dapat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya.

    # Tanpa kehadiran air liur di dalam mulut, kita tidak dapat merasa makanan.

    # Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.

    # 13% orang di dunia adalah kidal.

    # Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.

    # Berat kepala bayi yang baru lahir hanyalah 1/4 dari berat tubuhnya.

    # Kita sebenarnya melihat dengan otak. Peranan mata hanyalah seperti kamera yang menghantar maklumat/data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata.

    # Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.

    # Tahun 1830-an, sos tomato biasa dijual sebagai ubat.

    # Tiga monyet bijak mempunyai nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).

    # India mempunyai undang-undang hak untuk lembu.

    # Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.

    # Nama negara Filipina adalah berasal dari nama Raja Phillip.

    # Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud.

    # Kanak-kanak mempunyai 20 gigi susu. Orang dewasa pula mempunyai 32 gigi kekal.

    # Disebabkan rangkanya diperbuat daripada logam, maka piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia ke-2 diperbuat daripada kayu.

    # Setiap kitaran 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Kitaran ini dinamakan sebagai “Solarmax”.

    # Terdapat 318,979,564, 000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.
  • # Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi.

Maksud Bulan Kelahiran - Disember

Rahsia Peribadi Seseorang Mengikut Bulan Yang Dilahirkan
(Berdasar Kaji Selidik Selama 25 Tahun Oleh Dr. Fazhilah Kamsah)
  • Sangat setia dan pemurah
  • bersifat patriotik
  • sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
  • bercita-cita tinggi
  • suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
  • seronok didampingi
  • Pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
  • suka bercampur dengan orang
  • suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai
  • sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
  • tidak pandai berpura-pura
  • cepat marah
  • sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
  • perangai yang berubah-ubah
  • tidak ego walaupun harga diri yang sangata tinggi
  • benci pada kongkongan

7 soalan yang patut anda tanya pada diri anda sendiri bagi menilai cinta seorang lelaki?




Jika anda seorang wanita, jangan sesekali terperangkap dengan mainan cinta seorang lelaki buaya. Anda perlu pandai untuk menentukan sama ada lelaki itu layak atau tidak menjadi pasangan anda dengan melakukan beberapa penilaian terhadap dirinya.

Adakah dia merenung anda seolah – olah hanya anda seorang sahaja wanita di dunia ini?

Lihat mata pasangan anda. Adakah dia selalu merenung tepat ke arah mata anda? Adakah ketika dia merenung mata anda, anda rasa seperti tersipu – sipu malu? Anda cuba untuk melawan renungannya tetapi anda kalah pada akhirnya. Jika ini terjadi cuba anda senyum padanya dan lihat bagaimana reaksi dia. Jika dia sayangkan anda, di saat ini anda boleh rasa sendiri di dalam hati anda.

Adakah dia selalu ingin berdua – duaan dengan anda?

Lelaki yang suka anda secara ikhlas selalu ingin berdua – dua dengan anda. Dia tidak akan lakukan sesuatu yang seksual tetapi dia cuba tunjukkan pada anda bahawa dia sesuai untuk anda. Dia akan cuba kagumkan anda dengan bermacam-macam cara. Sebagai wanita, anda perlu fokus bahawa lelaki perlu mengorat perempuan.

Berapa kali dia cuba call handphone anda?

Adakah anda bosan dengan panggilan darinya? Memang dia suka akan ada dengan ikhlas, sebab itulah dia sentiasa call anda untuk melepaskan rindu di dadanya. Dia tidak memaksa anda untuk keluar dengannya tetapi dia memujuk anda untuk keluar dengannya.

Berapa  kali anda selalu terserempak dengan anda?

Untuk pengetahuan anda, jika anda selalu terserempak dengan seorang lelaki, ia bukanlah hanya kebetulan. Lelaki tersebut berusaha untuk mendekati anda. Dia mahu anda perasan akan kehadiran dirinya dalam hidup anda.

Adakah dia cuba untuk membuatkan anda rasa istimewa?

Dia akan cuba sedaya upaya untuk memastikan anda rasa istimewa. Contohnya dia akan cantikkan penampilan dirinya supaya anda selesa dengannya. Dia juga akan memuji anda dengan bersungguh – sungguh sehingga anda rasa sangat terhibur dengan pujian – pujian yang di hamburkan oleh dia.

Adakah dia selalu ambil berat akan anda?

Jika dia selalu ambil berat akan anda, perasaan dia terhadap anda sudah melebihi tahap sementara. Perasaan dia terhadap anda sudah kekal dan dia akan sentiasa memberi anda kata semangat. Dia tidak serius terhadap anda jika dia hanya ambil berat kadang – kadang atau tidak pernah kisah akan perasaan anda.

Adakah dia nampak gembira dan sentiasa membalas senyuman anda?

Bila anda keluar dengannya, anda boleh nampak kegembiraan di sinar matanya. Dia sentiasa senyum akan anda seolah – olah anda adalah seseorang yang sangat bermakna padanya.

13 Tanda Anda Telah Jatuh Cinta...



Ramai orang tak perasan benda ni, tapi ini lah sebenarnya selalu berlaku, jadi renung-renungkan lah

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.



Dadah Yang Disukai Ramai Di Malaysia

Dapur Or Barel
Syabu Or Ice

SYABU dadah rekaan, Amphetamine Type Stimulant (ATS) dikenal pasti punca utama peningkatan kes jenayah termasuk bunuh, rompak dan rogol ini di kalangan generasi muda masa kini....

KESAN SYABU (DADAH JENIS PERANGSANG)

-tidak mempunyai rasa takut dan belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah termasuk membunuh- bertenaga, bersemangat dan penuh emosi secara sementara
( PERCUBAAN KALI PERTAMA)- penagih akan menghadapi keseksaan termasuk gian,
mengalami masalah kesihatan dan mental seperti delusi,halusinasi atau sakit menta

KENAPA PERLU BERHENTI SYABU? 

Kesan halusinasi adalah seperti mendengar suara asing atau merasa orang mengutuk dirinya delusi adalah berprasangka, merasakan ada orang ingin menganiayainya selain mempercayai isterinya curang,Strok Saluran darah pecah,Tekanan darah tinggi, Lumpuh, Jantung, Menghilangkan nafsu seks, Sakit emosi dan otak menjadi lembap. Sakit jiwa, Kemurungan melampau sehingga mampu membunuh diri.

TINDAK BALAS SYABU DALAM BADAN

Kesan euphoria iaitu keseronokan akibat syabu, individu itu akan mengambil dadah itu secara berterusan bagi terus merasai kesannya sehingga menyebabkan ketagihan.
 
Kesan seronok akibat dadah ini lenyap sebelum kandungan dadah berkurangan dalam darah dan penggunanya akan cuba meneruskan kesan khayal dengan penggunaan dadah itu secara berulangkali.Pengguna mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya.Pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa sama terus menyuntik dadah ini sehingga satu gram setiap dua dan tiga jam dalam jangka masa beberapa hari sehingga bekalannya habis atausehingga mereka tidak berupaya meneruskannya.Syabu tidak perlu diambil setiap hari berbanding pengambilan heroin. Cukup sekadar dua kalidalam seminggu dan ia boleh membuatkan pengguna ketagih dan memudaratkan.  Kesan khayaldan keseronokan dipercayai akibat rangsangan terhadap dopamine iaitu penghantar neuron keotak yang bersifat perangsang. Syabu perlu diambil berterusan bagi terus merangsang dopamine.Jika penagih berhenti mengambil syabu, kadar dopamine dalam otak berkurangan sehinggamencetuskan pelbagai masalah kesihatan dan mental.
Bagi mengembalikan dopamine kepadakadar normal seperti manusia biasa, ia memerlukan rawatan dan meninggalkan syabu selamasetahun.Tiada jalan keluar yang selesa sekiranya seseorang sudah terjebak dengan syabu kerana sebaik menagih dadah itu, sama ada untuk berhenti atau meneruskan penagihan, mereka perlumenempuh jalan keseksaan.



TANDA PENGARUH SYABU PADA TUBUH BADAN

 
Mental dan emosi: Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah,cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yangtinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnyamaut.Kepala: Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakitkepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.Fizikal: Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badanmenurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparutdan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya.
Kurang daya tahan melawanpenyakit akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh.Saraf: Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakitParkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan fungsiotak menjadi lemah dan nyanyuk
Jantung dan salur darah: Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dantekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah pecahakibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah.Perut dan sistem penghadaman.
Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.Sistem peranakan (wanita): Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran.Sistem seksual: Sistem seksual terganggu.



Katakan tidak pada dadah......!!!
dadah bukan kawan tp musuh kita....







‎30 Perkara perempuan x sempat bagitau laki....!!!

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Maafkan aQu.....>!!!

andai aku di takdirkan mati hari ini,
ku pohon rayu dari dirimu agar kemaafan menggiringi pemergianku,

agar ketenangan bersamaku disana,
agar dapat ku tinggalkan dirimu dengan aman,
agar kenangan dalam hatimu menjadi ingatan,
antara aku dan dirimu...


andai aku ditakdirkan lemas di lautan biru,
pada saat aku berlayar ke pulau cintamu,

saat jasad terkulai terpisah dari roh,
kemaafan akan ku pinta sebelum berlayar,
bertalu deraian air mata tika itu,
walau dirimu anggap itu cuma igauan,


kutahu,


jauh dilubuk hatimu,
tersimpan sejuta kesedihan hilang cinta hati.. 

sekiranya aku kini telah mati,
jangan dirimu berteman air mata,
jangan dirimu hilang cinta,
jangan dirimu hilang bicara,
jangan dirimu hilang ingatan, 

kerna ingatan hadir tersulam kenangan,
memori cinta indah kau dan aku,

jangan dirimu menatapi pemergianku,
jangan dirimu merasai kehilanganku, 
jangan dirimu menanti aku,kerna diriku akan lupus bersama kenangan.




 atas kemaafan yang kau berikan.....









 maafkan aku...